1. PANDUAN PENJAGAAN
TELEFON BIMBIT Di sebalik kecanggihan fungsi-fungsi mod telekomunikasi, ia
bukanlah suatu alat yang lasak dan tidak memerlukan perhatian dan penjagaan
berterusan dari penggunanya. Seperti kebanyakkan peranti yang bersifat
elektronik, telefon bimbit mestilah dijaga dengan cermat dan berhati- hati.
Untuk itu, syarikat-syarikat telekomunikasi menyarankan beberapa langkah
penjagaan untuk memastikan telefon bimbit pengguna tahan lebih lama.
2. LANGKAH PERTAMA
- Kebanyakkan telefon bimbit tidak tahan hentakan, tidak kalis air dan tidak
kalis habuk. - Binaan litar elektronik di dalam semua telefon bimbit adalah
amat halus, dan sebarang pendedahan kepada kepanasan, kelembapan dan cecair yang
mengandungi mineral boleh menyebabkan hakisan ke atas litar-litar elektronik
tersebut.
3. LANGKAH KEDUA
- Pengguna disarankan supaya mengelak daripada mengendalikan telefon bimbit
dengan cara kasar seperti menjatuhkannya dan menghentaknya kerana ia pasti akan
merosakkan papan litar dalaman. - Pendedahan kepada tempat berhabuk yang kronik
boleh menyebabkan kotoran halus memenuhi ruang-ruang kecil pada permukaan
telefon.
4. LANGKAH KETIGA
- Pengguna dinasihatkan membersihkan telefon bimbit dengan mengelapnya
menggunakan kain lembut yang telah dibasahkan sedikit dengan sabun dan air. -
Namun begitu penggunaan bahan kimia menghakis, pelarut pembersih, serbuk
pencuci atau larutan pencuci yang kuat boleh merosakkan telefon bimbit.
5. LANGKAH KEEMPAT
- Kelasakan sesebuah telefon bimbit juga bergantung kepada ketahanan alat-alat
elektronik dan bahan plastik tertentu. - Suhu terlalu tinggi akan merosakkan
komponen- komponen tersebut. Jika telefon diletakkan di tempat yang terlalu
sejuk, seperti peti ais atau tempat sejuk beku. - Apabila telefon itu digunakan
semula pada suhu biasa, lembapan akan terbentuk di dalam telefon yang pastinya
akan merosakkan papan litar elektronik, dan merosakkan memori dan fungsi
paparan.
6. LANGKAH KELIMA
- Penyelenggaraan bateri dan alat pengecas dengan baik juga amat penting ke
arah menjamin prestasi optimum telefon bimbit pengguna. - Kedua-dua komponen
tersebut juga amat sensitif terhadap suhu sekeliling dan haba. - Jika bateri
dicas terlalu lama, ia akan menjadi terlalu panas dan memendekkan hayat bateri,
dan prestasinya akan menurun dan jangka masa bersedia dan komunikasi akan
menjadi lebih singkat.
7. PENYELENGGARAAN
TELEFON MUDAH ALIH Penyelenggaraan telefon mudah alih juga penting kerana
bagi memastikan keselamatan pada telefon mudah alih.
8. LANGKAH PERTAMA
Menjauhkan diri daripada suhu yang tinggi dan persekitaran elektromagnet. Suhu
yang tinggi atau secara tiba-tiba perubahan suhu . Suhu yang tinggi akan
menjadikan telefon di dalam bahagian plastik, papan litar, bateri herotan, menjadi
lebur.
9. LANGKAH KEDUA
Elakkan persekitaran yang lembap. Telefon bimbit, sebagai produk komunikasi
yang canggih, terdapat banyak komponen yang sensitif dengan air atau lembap .
Apabila anda menjawab telefon,telefon bimbit faceplate yang sering berhubung
dengan muka peluh akan mencemarkan permukaan telefon atau merosakkan litar
dalaman.
10. LANGKAH KETIGA
Meletakkan telefon ditempat yang betul ketika keluar . Sekiranya diletakkan
didalam poket seluar boleh menyebabkan kerosakkan pada telefon mudah alih anda
. Contohnya apabila duduk atau telefon sedang dihimpit ketika jatuh ke tanah
akan menyebabkan kerosakkan pada telefon mudah alih . Sesetengah orang
diletakkan disaku dada, secara tidak sengaja apabila bengkok ke atas dan ia
akan jatuh atas tanah.
0 comments:
Post a Comment